Saturday 2 July 2011

apa ni?


Waaaaaa ramai seyh ! kiri kanan depan belakang semua ada. haha. Now I'm studying at Kolej Matrikulasi Johor. Haa ni nak cerita sikit pasal ragam ragam budak KMJ. Setiap petang, agaknya dah aktiviti wajib kut yang berpartner partner ni berdating. Tak kisah lah kalau U all nak berdating, tak salah tapi agak-agaklah kalau nak buat something yang terlarang. Tengok tempatlah jangan main bedal je depan surau pun boleh jadi. Haiyaaa!- -



Semalam ada Forum Perdana kat Dewan Sri Ledang.  “Mencari  Pasangan yang Soleh dan Solehah”.  haa dengar tajuk pun dah tahu yang pergi forum ni memang orang-orang  yang tersoleh dan tersolehan lah haha. Kononnya semalam forum ni masuk TV, kena pakai lawa-lawa, comel-comel, last-last hapak pun takda. Semuanya dusta semata-mata.hee~  Tapi kan siapa yang datang forum ni memang tak rugi wa kata, best tahap superbb laaah!

Ni ada beberapa input ataupun panduan , mana lah tahu tak sabar-sabar nak kahwin kan.haha
Nak baca dipersilakan, kalau tak nak, ahhh ada aku kesah ? 



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan



No comments:

Post a Comment