Saturday 2 July 2011

apa ni?


Waaaaaa ramai seyh ! kiri kanan depan belakang semua ada. haha. Now I'm studying at Kolej Matrikulasi Johor. Haa ni nak cerita sikit pasal ragam ragam budak KMJ. Setiap petang, agaknya dah aktiviti wajib kut yang berpartner partner ni berdating. Tak kisah lah kalau U all nak berdating, tak salah tapi agak-agaklah kalau nak buat something yang terlarang. Tengok tempatlah jangan main bedal je depan surau pun boleh jadi. Haiyaaa!- -



Semalam ada Forum Perdana kat Dewan Sri Ledang.  “Mencari  Pasangan yang Soleh dan Solehah”.  haa dengar tajuk pun dah tahu yang pergi forum ni memang orang-orang  yang tersoleh dan tersolehan lah haha. Kononnya semalam forum ni masuk TV, kena pakai lawa-lawa, comel-comel, last-last hapak pun takda. Semuanya dusta semata-mata.hee~  Tapi kan siapa yang datang forum ni memang tak rugi wa kata, best tahap superbb laaah!

Ni ada beberapa input ataupun panduan , mana lah tahu tak sabar-sabar nak kahwin kan.haha
Nak baca dipersilakan, kalau tak nak, ahhh ada aku kesah ? 



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan



Wednesday 29 June 2011

conteng conteng

Rabu ,21:55 pm- Ada lab chemistry hari ni. memang blur sangat-sangat tadi.I think this is normal thing for those who first time conduct experiment by individual right? Usually eyra conduct experiment by the group. Heh lagipun selama ni membe je yang buat experiment, Eyra set up apparatus. Haa padanlah dengan muka ^^.
Lagi-lagi last week eyra ponteng lab chemist, that why lah bila nak conduct experiment tadi punyalah mati kutu. hha. Tapi yang sedihnya hari ni semua buat bodoh bila eyra tanya. haaa sakitnya hati ~

Haa lagi satu cerita banyak seronok punyerr haha. This morning, I have chemistry tutorial class. Unfortunately, my homework has not finished yet.For first time cikgu chemist yang teramat garang itu telah mengadakan spotcheck secara besar besaran. Disebabkan kerana kemalasan saya itu, muka saya telah diconteng dengan marker berwarna biru hitam dan merah. Boleh bayangkan tak 1 muka penuh dengan dakwat marker? haha macam rupa badut sarkas dah. Nasib baik hampir 1 class tak siap so tade lah rasa terpinggir. Setiap kali cikgu tu nak masuk class mesti 1 praktikum menggelabah gila macam nak gi medan perang. Dengar suara pun dah kecut perut lagi lahh bila dia dah mengamuk ^^
Haiyaaaa cikgu janganlah garang sangat nanti cepat tua.hee~



"When you work for someone else, the bulk of your efforts go towards someone else’s reward. Work for yourself and the bulk of your rewards will come from the bulk of your efforts, as well as the efforts of others."

Tuesday 28 June 2011

how your personality?

 haiyaaaa eyra dapat monyet laa . Agak-agak U all punya apa ea?

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati


Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.


Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.


Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.


Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.



Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!



Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.



Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan

Auww ! Pengantin Remaja ?


 I want nobody nobody but you ! haa I’m homesick !! Rindu lah kat ayah. Hari ni hari yang memenatkan sangat sangat. Assigment mak gila banyak. Terpaksalah stay up lagi. Haa nak tahu 1 cerita tak? My sister will getting married on Julai with Mr.Fazly. Tak adalah kontroversi sangat pun cuma dia ni baru je 18. Sebaya eyra lagi. Still young and fresh haha. Nyway Eyra doakan both of them happy together. Huu tak sangka zaman sekarang pun still ada yang kahwin muda, nak buat macam mana kan dah jodoh. Eyra sarankan think twice okeyh. Bukan senang nak mendirikan masjid ni. Lagi-lagi dalam usia muda ni. Tapi kalau U all betul betul dah tekad,teruskan jelah. Tapi jangan tekad je lebih, habuk pun takda. Ingat pinang anak orang pakai daun ke?haha. Haa sempena dengan ni,eyra tujukan lagu di bawah ni khas untuk U all okeyh. Jom nyanyi  ramai ramai jom?

 ( Hee agak-agak bila lagi turn eyra ea? ^_^ ) 

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
 ulang korus 2x



Sunday 26 June 2011

si gadesss

Hye akak akak, abang abang semua yang ada di sini hee ~ Agaknya ni dah masuk kali brapa eyra buat blog kan. Oklah eyra introduce myself okeyh. Si kecil ni diberi nama Nur Syahira Binti Ilham. Usually kawan kawan panggil eyra, tp nak lebih afdal panggil Syahira. Nama tu kan sebuah doa. Betul tak? ahah tu je lah U all boleh tau, nak tau lagi details, apa kata U all tanya empunya badan. Kan lagi senang? Kan kan kan? ^_^